Sunday, February 28, 2010

the hate n the like

Permainan cinta berlaku di mana-mana sahaja. Di kiri di kanan di depan di belakang kita. Cinta itu sentiasa ada, tidak pernah luput pada kita. cinta? Apa yang aku fikirkan tentang cinta. Cinta, kasih dan rindu pada-Nya tidak pernah luput padaku. cinta itu sentiasa ada, pada ayah dan ibu dan segalanya perlukan cinta. Apa makna cinta padaku? aku sendiri masih mencarinya. Kehilangan cinta pertamaku tidak pernah mematahkan semangatku untuk mencari erti cinta yang seterusnya. Walaupun begitu perit sekalipun ujian yang diberikan-Nya kepadaku. Aku masih bersemangat meneruskan kehidupan yang dipenuhi dengan pancaroba dunia ini.

Kehilangan… I hate this part

Lagu “aku tak percaya cinta” yang dinyanyikan oleh Liyana jasmay berputaran di radio. Aku hanya memandang ke luar tingkap sambil menghirup air milo panas . iramanya yang rancak mengajak aku menyanyikan lagunya bersama. Lagunya amat menghiburkan, aku bermain dengan perasaanku sendiri. Mengingat kenanganku bersama si dia yang memeritkan jiwaku. Aku memejamkan mataku, menghalang air mataku dari jatuh ke bumi. Aku menggelengkan kepalaku.. teringat kata-kata terakhirnya kepadaku.
em, dah lama kan kita bercinta,” sengih Amir kepadaku. “yup, lama jugalah dalam setahun,”balasku sambil mengukirkan senyuman kepadanya. “awak tak bosan ke?” Tanya Amir kepadaku. “ha? Kenapa tanya soalan macam tu?”balasku. aku mengerutkan dahiku, cuba menghilangkan rasa gusar dalam hatiku. “well, honey I think…huh..” dia mengeluh. “we should break up.. what do you think?” kata Amir kepadaku. Aku membuka mulutku ingin berkata sesuatu tetapi tidak terkeluar. Aku hanya memandang tajam kepadanya. Tiada linangan air mata yang dikeluarkan. Hanya memandang kea rah Amir meminta penjelasan. Amir memandang ke arahku, mengangkat keningnya. “babe, you boleh jumpa lelaki yang lebih baik dari I, I bukan lelaki untuk you ok?,” katanya kepadaku. Agak menjengkelkan. Aku tak tahu apa nak kata. Aku hanya berdiam diri, kaku. “kita berpisah sajalah eh?” kata Amir kepadaku. “ok, kita berpisah,” aku manahan kemarahanku. “wow! That’s was easy,” Amir berkata. “hei Amir..”dia berpaling kepadaku. “pang!!” satu tamparan buatnya. Baru puas hatiku. “you right! You don’t deserve a girl like me. Don’t even try to mess with me ever again,” katake memberi amaran kepadanya. Aku berpaling daripadanya. Menahan diriku daripada menangis bagai orang bodoh.
Aku terduduk, teringat kan peristiwa itu. Amat memeritkan, esakan demi esakan hadir kepadaku. “oh tolonglah jangan,”kataku kepada dirku yang mula untuk mengalirkan air mata.

Episode baru..

Setiap pengakhiran pasti ada permulaan yang baru. Aku menarik nafasku dan menghembuskannya dengan tenang sekali. Cuba mengukirkan senyuman yang termanis. Mengikat rambutku ke belakang dan mengemasnya rapi. “barulah cantik,” kata sofiah kepadaku. “thanks, hehe..” balasku kepadanya. “dah bersedia dah nak masuk ke semester baru?” tanyanya kepadaku. “mestilah kak, okla adik pergi dulula nanti lambat pulak ke kolej,” aku terus memakai kasutku yang baru berwarna ungu. “adik!!,”panggil kakakku lagi. “ya..?” aku menjawab. “nak pergi jalan kaki,” balasnya sambil menghulurkan kunci skuter merah kepunyaanku. “haha,”aku tersenyum. “geez, thanks sis, terlupa lak,”kataku padanya. “ingat bawak motokar hati-hati tau,” katanya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. “ok.. ok,”balasku. “bye..”katanya sambil melambaikannya tangannya kepadaku. Aku hanya tersenyum, sambil membetulakan topi keledarku kemudian aku meneruskan perjalanan untuk ke kolej.

wah dah sampai pun,” ngomelku sendirian. Selepas memakirkan skuterku di tempat letak motor. “awak,” ada seseorang lelaki menegurku. Aku menoleh ke arahnya dan berkata “ya? Ada apa?”. “em kat mana nak cari bilik pengarah kolej kat sini,” tanya dia kepadaku. (^_^)er… saya pun tak berapa tahu la, saya pun baru kat sini,”balasku. “kalau macam tu, tak pe la.. saya pergi tanya orang lain, terima kasih,”jawabnya. “oh, sama-sama,” aku membalasnya. Er… berbudi bahasanya. Bagus, saya suka lelaki macam ni, dah la hensem, tinggi, dan…, stop! Ah apala aku ni asyik berangan je.. ngomel hatiku. Jap kat mana meja pendaftaran ni? Sepatutnya ada dekat entrance ni. Tapi tak de la pulak kat sini. Lalu aku berjalan menyusuri bilik-bilik yang berada di bangunan tersebut. Aku menjadi pelik sebab bilik yang berada di bangunan tersebut tidak berpenguhuni langsung. Tiada sorang pun yang berada di situ. Aku berjalan lagi, berpusing-pusing di bangunan tersebut. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefon sahabat baikku di kolej Amira. Aku mendail nombornya dan “sila menambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya,” kata operator tersebut berulang kali. Apa nak jadi ni? Aku mengaru kepalaku. Aku termanggu seorang diri di depan bangunan tersebut dan aku melihat lelaki yang bertanya kepada aku tadi. Lalu aku pun menegurnya. “hai!!,”kataku kepadanya. “hei,” balasnya. Peluhnya mengalir dari dahi ke telinganya. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali untuk menghalang khayalanku yang mengarut ni. “dah jumpa dah meja pengarah?” tanyaku kepadanya. “ah.. tak,”balasnya. Kemudian suasana menjadi sepi seketika. Jantungku berdegup kencang. Kemudian baru aku teringat bahawa hari ini ada perjumpaan di dewan besar kolej ni. Aku menepuk dahiku, dia memandangku dan mengangkat keningnya. “saya lupa la, yang hari ni ka ada assembly kat dewan besar sempena start semester,” kataku kepadanya. Kemudian aku berjalan menghampiri skuterku dan menaikinya. Dia hanya berdiri di situ dan memandangku kehairanan. aku men’start’kan enjen skuterku dan menunggang kea rah si dia. “awak nak tumpang tak?,”tanyaku kepadanya. “er…,”dia teragak-agak untuk menjawab pertanyaanku. “nak?” tanyaku lagi. “tak pe ke?,”tanya dia kepadaku. “im okay with it,” balasku spontan. “ok,”jawabnya. Dia menaik skuter dan menjarakkan tubuhnya dari tubuhku. Aku tergelak kecil. “what?,”katanya kepadaku. “nothing,”balasku. Dan meneruskan perjalanan ke dewan Besar tersebut.
“screech!!,” aku menghentikan skuterku dengan segera. “ok! Dah sampai,”kataku kegirangan. “thanks,” katanya kepadaku. Aku mematikan enjen skuter kemudian menanggalkan topi keledarku. “small matter,”;D. kami berjalan bergandingan menghampiri pintu masuk dan sally scream, “aaaargh! Nabilah I miss you!!,” katanya sambil memelukku erat sekali. Aku melihat orang di sebelahku, dia juga memandang ke mataku dan meneruskan tapaknya menuju ke dalam dewan tersebut. “well, how are you?”tanya sally kepadaku. “im great,” balasku sambil mengukir senyuman kepada sally. Aku menarik nafasku dan menghembuskannya. Kemudian aku mengeluh. Aku tidak tahu apa yang aku keluhkan sebenarnya. Sally menarik diriku menuju ke meja pendaftaran semester kedua…
Pendaftaran untuk semester kedua telah pun dibuat. Aku menarik nafas lega. “jom gi minum?,” kata Sally kepadaku. “ok,” balasku. Aku menuju ke skuter ku. “oi, nak pergi mana tu?,” jerit Sally. “nak pergi naik skuter kata nak pergi minum,” balasku. “kita naik keretalah, kereta smart aku,”balasnya sambil tersenyum. “no kidding!!!,”aku menjerit keterujaan kepadanya. “yes,haha.."balasnya.

No comments:

Post a Comment