Thursday, March 4, 2010

EPISODE 2

Penemuan berganda

“bell, jomla pergi taekwondo competition tu, kolej kita lawan ngan kolej UPM,” pujuk sally lagi.
“aku malas la sal.. kau pergi la ngan Nina ke Joe ke?,”rayuku kepadanya.
“ala, jomla…”Sally buat muka comelnya kepadaku.
‘huh’ keluh kecilku. Aku memang malas nak pergi tapi pujukan Sally yang agak manja dan merimaskan akhirnya aku membuka hatiku untuk pergi jua.
‘tap,tap, tap,’ bunyi tapak kasut tumit tinggi Sally. Hampir semua orang di situ memandang kami. Hah, segannya.. “Sal perlahankan la sikit. Bunyi kasut kau tu bising la,” kataku kepada Sally. Sally berhenti dan memandang ke arahku. Dia menurunkan cermin mata hitamnya dan merenung mataku. “bell, this is what its made for, for attraction.. ok babe chill,”balas Sally. Ish dia ni… aku hanya dapat menelan air liur sahaja pabila dia berkata begitu. Aku mengekori sally sehingga sampai ke tempat duduk yang menghadap perlawanan tersebut.
“perlawanan di antara Tengku Iskandar yang mewakili Kolej UPM dengan Tengku Hakimi iaitu wakil daripada kolej ini, UPM akan dimulakan sebentar sahaja lagi,” kata announcer tersebut. Wakil kolej telah pun bersedia. “kau tau tak bell, mereka ni adalah sepupu,” kata sally secara tiba-tiba. “oh ye ke?” responku. “mana kau tau Sal?” sambungku lagi. “syhh!! Jap lagi aku beritahu. Dah nak mula ni,”balasnya. “ceh..,”sengihku menyampah. Sally hanya melihat perlawanan itu dengan penuh khusyuk. Dan kadang kala aku melihat dirinya tersenyum seorang. ‘Gila ke apa?’ngomelku dalam hati. ‘Huk! Huk! Huk!’ bunyi itu sahaja yang aku dengar daripada perlawanan tersebut. Semua orang di sekelilingku akan menjerit kegirangan apabila helmet putih bertelinga biru iaitu wakil kolej kami mendapat mata daripada perlawanan tersebut. Aku tidak dapat menghayati sepenuhnya perlawanan ini mungkin kerana ini bukan perkara yang aku minati.
Selepas beberapa ketika, akhirnya perlawanan tersebut telah sampai ke penghujung dan di umumkan bahawa kolej kami telah memenangi perlawanan akhir taekwodo tersebut. Walaupun aku tidak dapat melihat wajah pemenang tersebut dan kurang meminati perlawanan ini tetapi aku masih berbangga akan dirinya kerana telah membawa nama kepada kolej ini. Semua orang menjerit kesukaan dengan kemenangan tersebut. Lelaki yang merupakan wakil kolej kami berpaling ke tempat yang aku duduki dia mengankat tangannya dan menjerit “yeah!!” dan semua menjerit lagi dengan kuat, fanatiknya. Haha.. aku hampir menutup telingaku namun aku hanya membiarkannya sahaja. Aku masih melihat lelaki tersebut dan apabila dia menanggalkan helmet putih bertelinga biru tersebut jantungku berdegup kencang. Semuanya menjadi kelam bagai ada lampu spotlight tuju kea rah lelaki tersebut. Di saat semuanya bersorak kegembiraan aku hanya mendengar degupan jantungku sahaja. Hanya dia yang aku lihat. Wajahnya bujur, matanya sepet dan hidungnya yang agak mancung. Hanya satu masa sahaja aku dapat meneliti wajahnya dengan baik walaupun aku hanya melihat dia daripada jauh. Tiba-tiba ada sesuatu menggoncangkan kedua bahuku. “bell, wake up!!,” jerit Sally. “what?!” kataku terkejut. “hidup pun, ingatkan dah mati tadi,”balasnya. “ha?,”aku masih tertanya-tanya akan jawapannya. “ye la, hamper sepuluh kali aku panggil kau tak berjawab macam tunggul je tahu tak,”luah Sally. “ha?, ye ke? Sorry..” balasku. Ha.. apa dah jadi dengan aku ni..
Sally menarik aku bangun daripada tempat aku duduk. “nak pergi mana ni?,”tanyaku kepadanya. “

No comments:

Post a Comment